Thursday, March 18

Setahun Haikal di Akebono Yochien

inilah koleksi buku haikal selama setahun di Akebono yochien. Alhamdulillah, haikal dah boleh berkomunikasi dalam bahasa jepun di yochien. kalau dilihat dari kulit buku haikal ini, setiap bulan diperuntukkan satu buku. Haikal mula ke yochien bulan 6 jadi buku untuk bulan 4 dan 5 tidak ada.

comel tak frame gambar ini?. yang jelas dan pastinya bukan haikal yang buat. sudah tentulah sensei (cikgu) dia yang buat. Sebenarnya, banyak hasil kerja haikal yang dibuat dan dibawa pulang tapi sayangnya haikal dan hakim buat semua itu mainan dan hasil akhirnya adalah gomi(sampah).


ini pula merupakan close up untuk gambar di frame tadi. Inilah rakan-rakan haikal selama haikal di momo kelas. haikal sangat ceria dalam gambar ini. tahun depan iaitu bulan 4 nanti haikal akan naik kelas. mengikut kalendar jepun, tahun baru bermula bulan April.

2 comments: