Saturday, March 27

rumah baru..lab baru

kebelakangan ni sgt2 sibuk dgn urusan pindah randah. mana taknya, pindah rumah baru ngan pindah lab baru. betapa penatnya diri ini....ditambah pula dgn eksperimen yang belum siap2lagi. ..

pagi tadi dah jumpa tuan rumah untuk pertama kalinya. semua benda di tunjukkan pada kami cara penggunaannya..tuan rumah agak peramah..kami juga mengiakan jer w/pun kurang paham apa yang diberitahu. rumah baru nih agak kecil berbanding dgn rumah sekarang. banyak kelengkapan dah ada seperti lampu, meja makan dan dapur masak. actually langsir pun dah ada, ditinggalkan oleh penghuni dahulu merangkap member satu lab. Alhamdulillah aircond pun ada dan toiletnya washlet..hehehehe...itu yang best..nanti ingat nak angkut satu balik msia utk rumah sendiri..internet pun tuan rumah dah sedia, so bolehlah kitaorg berjimat sebulan 5 ribu yen.

banyak barang dah diangkut oleh abang, skrg ini cuma tinggal komputer, tv, rak tv, brg2 dlm peti, baju, toto dan selimut. rasa macam nak pegi kemaskan sikit apa yang patut mlm nih..esok angkut lagi kain baju sambil kemaskan kaikan.

pagi isnin boeh terus pegi rumah..lepas tuh terpaksalah berhempas pulas untuk siapkan eksperiment.

No comments:

Post a Comment