soubetsukai merupakan perkataan jepun yang membawa maksud...ermmmm...saya pun kurang pasti dengan maksud perkataan ini. kalau tidak salah, ia membawa maksud majlis perpisahan. bulan lepas adik-adik kat sini ada membuat majlis soubet ini untuk senpai-senpai (senior) mereka. hari selasa yang lepas ada soubetsukai untuk budak-budak lab yang akan mula berkerja. mereka yang diraikan pada malam selasa yang lepas adalah pelajar master 2 iaitu mr satoyoshi, nakamura dan horie manakala pelajar bachelor 4 juga 3 orang iaitu mr mizutani, sugiyama dan yamashita.
majlis berakhir lebih kurang 9:30 mlm, semua orang terus ke karaoke selepas majlis tersebut kecuali saya dan sensei. sebenanya saya agak gementar untuk menaiki bas. takut sesat sebab tak pandai membaca kanji. Alhamdulillah, saya selamat sampai kat rumah selepas berjalan kaki sejauh 2km gara-gara turun awal..hihihihi