6 kematian, 270 kes baru H1N1
Ogos 11, 09 12:14pm
Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.
menakutkan kalau tgk angka yg diramal oleh WHO..kerajaan pun x bleh nak cntrol penularan virus ini kalau rakyat sendiri x ada kesedaran tentang bahayanya virus H1N1 ni...
antara langkah2 yg perlu kita ambil:
1. pakai lah mask setiap kali keluar rumah ( masih ada yg malu nak pakai sebab malu; boleh ke nak malu lagi dalam keadaan yg agak darurat ni?)
2. kalau boleh elakkan ke tempat yg ramai org.
3. basuh tangan sekerap yg mungkin.
4.kalau ada rasa demam terus ke hospital ( bercakap bila perlu shj, mask jgn lupa)
bersama-samalah kita membendung penularan virus H1N1 ini....
No comments:
Post a Comment